MUKADIMAH



Agrotek Garden Resort adalah hasil cetusan ilham seorang pencinta alam semulajadi. Ia adalah sebuah taman hutan tropika yang begitu indah dan mempesonakan. Terletak di batu 14 1/2 Jalan Hulu Langat iaitu hanya 30 minit dari Kuala Lumpur. 

Setelah lebih 10 tahun beroperasi, Agrotek Garden Resort menjadi pilihan utama warga Malaysia untuk mengadakan pelbagai program seperti majlis perkahwinan, seminar, kem motivasi, hari keluarga, reunion, open house, majlis hari jadi, anniversary dan lain-lain.

Tidak hairanlah sektor kerajaan mahupun swasta memilih Agrotek Garden Resort sebagai destinasi mereka mengadakan aktiviti korporat dan aktiviti santai. Fasiliti di  Agrotek amat lengkap dengan dewan-dewan yang luas dan selesa. Seminar atau mesyuarat tahunan organisasi anda dapat dijalankan tanpa kerisauan.

Agrotek mempunyai lebih 60 buah chalet menjadikan ia sebuah resort yang besar dan meriah. Suasana kehijauan dan ala kampung memberi imbauan saat berada di desa. Sungainya yang bersih jauh dari pencemaran. Amat meriah apabila berlangsung hari keluarga dan sukaneka di resort ini. Pasti ia menjadi memori berharga tersimpan hingga akhir hayat.


Hak Cipta Terpelihara Agrotek Garden Resort @2014. Rekaan dan konsep Laman Web: www.eStructureMedia.com.my